Tuesday, December 27, 2011

cinta itu indah

ya tuhan 
sungguh butanya aku melihat cinta
sungguh taksubnya aku dengan perasaan ini
sumpah...syaitan sedang bergembira melihat aku di ulik mimpi

kini..
pabila cinta buta telah pergi
sekali lagi aku meratapi
sumpah...syaitan bertambah gembira melihat aku sedih begini

ya tuhan
andai kehilangan itu bisa menambat kembali ketaatan cinta ku buat MU
andai kehilangan itu bisa menghapus dosa-dosaku
apalah daya untuk ku menolak
akan ku terima dengan beribu kenikmatan..

syukran ya tuhan
kerana mengambil ku kembali dari jalan yang gelap itu
syukran ya tuhan 
kerana masih mencintai ku
syukran ya tuhan 
untuk ujian itu 

No comments:

Post a Comment