Tuesday, December 27, 2011

saat mata terbuka

Saat ku membukakan mata
Saat itulah aku mula mengenal dunia
Oh..ini rupanya dunia
Penuh dengan ragam manusia
Penuh dengan cerita di dalamnya
Sedih, gembira dan hampa semua dirangkum bersama

Saat aku mula belajar menjadi dewasa
Aku mula mencari- cari apa yang ku inginkan
Kanan ku mereka yang menjaga batasan
Dan kiri ku penuh dengan kebebasan
Tanpa berfikir panjang aku memilih yang ke dua
Di saat ini aku sudah jatuh cinta
Cinta ku cukup besar pada dunia
Tanpa secebis ingatan buat Sang Pencipta Dunia
Jauh pula untuk sujud pada Nya

Tapi...
Walaupun disirami kegembiraan dunia
Aku masih juga tercari- cari
Semakin ku mencari
Jiwa ku semakin tidak tenang
Jiwaku tidak merasa bahagia
Jiwaku kosong

Apakah semua ini!!!

Aku tidak pasti
Sedang dilamun keresahan
Suatu suara menyapa
Cukup menyentuh sanubari 

Wahai anak adam
Berhentilah dikau dari lamunan
Ku mengerti apa yang berada di benak mu
Marilah ikuti ku..di sana kau akan mendapat kebahagiaan yang kau cari
Bukan seperti yang kau peroleh selama ini..
Mahukah kau ikuti ku..
Pantas ku terima huluran bai'ah itu

Tetapi...
Hatiku meruntun malu..
Malu dek kerana aku pernah menolak ajakan mu
Malahan pernah mengherdik jalan mu
Aku pernah menghina dengan apa yang kau lakukan
Mana mungkin untuk aku mengikuti mu
Sungguh hinanya aku

Dengarlah manusia...
Walaupun dulu kau pernah menolak ku
Walaupun dulu kau pernah menghina jalanku
Tetapi aku tidak pernah membuangmu malah masih menerima mu
Marilah ikuti aku..jalan itu sedang menunggumu

Ya Rabbi..
Baru ku sedar betapa selama ini aku telah menghina diri ku sendiri
Aku telah membuang agama dari jalan hidupku
Dek mencari bahagia dunia sehingga aku leka buat Sang Pencipta Dunia

Ya tuhan
Kini aku kembali..
Aku kembali untuk mengumpul juraian benang- benang keimanan
Untuk ku jahit semula dengan ketaqwaan
Ya Tuhan andai jahitan ku ini tidak serapi amalan ku
Harap kau terima segenggam benang iman ini sebagai bekalan
Buat menuju mu
Ampuni aku

_mencari redha mu_

No comments:

Post a Comment